top of page

Knowing Chehnya.

 

 

Chechnya merupakan sebuah negara yang merdeka pada 1991 selepas keruntuhan Soviet Union. Ia terletak di Utara Kaukus, dan bahagian paling timur benua Eropah. Statistik penduduk (2010) adalah kira-kira 1.2 juta orang, yang mana etnik terbesar ialah berbangsa Chechen.

 

Sepertimana Bosnia, Chehnya punya sejarah yang penuh dengan liku-liku. Kerajaan demi kerajaan beralih tangan, termasuklah Empayar Tsar Russia dan Turki Uthmaniyyah. Namun begitu, rekod sejarah yang khusus mengenainya kebanyakkan musnah ketika di bawah pemerintahan Komunis Russia (Stalin). Sejarah Chechnya moden di penuhi dengan peperangan, dan 2 yang utama iaitu Peperangan Chechen Pertama (1994-1996) dan Peperangan Chechen Kedua (1999-2000?). Mereka yang berkuasa masing-masing menunding jari sesama sendiri dan yang menjadi mangsa adalah penduduk tempatan yang tidak berdosa. 

 

Berikutan peperangan yang melanda, ratusan ribu (ada yang menganggarkan juta) penduduk Chechnya menjadi pelarian dan menumpang perlindungan diserata Eropah, Asia, hinggakan ke Amerika Syarikat. Dan salah satu kem pelarian yang masih beroperasi adalah di Poland.

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

bottom of page